About

04 August 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Bermula pada 2 ogos 2010,pelajar-pelajar tingkatan 3 telah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2010.

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Percubaan PMR.
Untuk download, sila klik di SINI

Seluruh Warga SMK Taman Desa Skudai mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada semua pelajar.

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010




Barisan ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai bergambar kenangan bersama guru penasihat, Puan Cecilia Zamira sebelum berlangsung "Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah" pada 29 Julai 2010.

Majlis dimulakan dengan acara mendeklamasikan sajak oleh pelajar Tingkatan 3 dan diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh barisan ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai.

Pasukan Gendang Cina bersiap sedia untuk mempersembahkan aksi mereka ketika majlis pelancaran berlangsung.



Tuan Haji Shaharuddin Saari menyampaikan ucapan sempena "Pelancaran Bulan Kemerdekaan" Peringkat Sekolah yang diadakan di Dataran Wawasan pada pagi Khamis (29 Julai 2010).



Tuan Haji Shaharuddin dengan diiringi PK 1, Puan Tay Suat Gan dan PK HEM, Encik Zailan menyempurnakan upacara Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah dengan gimik kain rentang hasil lukisan para pelajar SMK Taman Desa Skudai.



Majlis disusuli dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan dengan penuh bersemangat oleh guru dan pelajar sambil mengibarkan Jalur Gemilang.



Gimik pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang cukup menarik dan menggamatkan suasana pada pagi tersebut.

Guru-guru dan pelajar-pelajar mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik dengan penuh bersemangat.



Gabungan kepelbagaian kaum yang ditampilkan melalui pakaian tradisi 3 kaum utama di Malaysia dipertontonkan pada majlis pelancaran ini.


Aksi spontan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang majlis berlangsung.

Sesi Permuafakatan Pengetua & Ibu bapa Pelajar Cina (25 Julai 2010)

Tuan Haji Shaharuddin Saari telah mempengerusikan "Majlis Permuafakatan Pengetua dan Ibu Bapa Pelajar Cina SMK Taman Desa Skudai" yang telah diadakan pada 25 Julai 2010 (Ahad) di Makmal Bahasa.
PM Dr Maketab selaku Yang Dipertua PIBG SMK Taman Desa Skudai turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut mengalu-alukan kedatangan ibu bapa pada hari tersebut.

Sesi soal jawab di antara ibu bapa pelajar-pelajar Cina kepada pihak Pentadbiran sekolah.

AJK PIBG dari kalangan ibu bapa turut turun padang untuk berbincang dengan ibu bapa yang hadir tentang permasalahan yang mereka hadapi.

Program Pembangunan Insan Pelajar Islam (30 Julai 2010)



Ustaz Hazman menyampaikan ceramah kepada para pelajar beragama Islam di Surau SMK Taman Desa Skudai sebaik sahaja selesai bacaan Yasin secara beramai-ramai. Program disusuli dengan solat hajat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR pada 5 Ogos 2010 nanti.









Persatuan Gendang Cina





Pelajar-pelajar yang terlibat dalam Kumpulan Gendang Cina mengadakan persembahan sempena Hari Anugerah Cemerlang 2010.

Pameran Model Rumah oleh Pelajar Tingkatan 4UTHM & 5UTHM















Sebahagian daripada model rumah rekaan pelajar-pelajar kelas 4 UTHM dan 5UTHM yang dipamerkan di Anjung Ilmu bersempena dengan Hari Koperasi SMKTDS 2010 pada 28 Julai 2010 lalu.

Pertandingan Sudoku & Pertandingan Crossword Puzzle Sempena Minggu Sains dan Matematik


Pelajar-pelajar Tingkatan 4 UTHM sedang tekun melengkapkan Permainan Sudoku.

Suasana bilik darjah semasa Permainan Sudoku dijalankan sempena Minggu Sains dan Matematik 2010.







Sebahagian daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 UKM &
5 UPM sedang melengkapkan Crossword Puzzle.


 
Blogger Templates