About

25 August 2010

KEM EKSPLORASI ANAK SOLEH KHAS RAMADAN (14 & 15 Ogos 2010)

KEM EKSPLORASI ANAK SOLEH KHAS RAMADAN

Tarikh : 14 & 15 Ogos 2010

Tempat : Dewan Al-Ghazali, Pusat Islam UTM

Anjuran : Pusat Islam UTM dengan kerjasama SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru.

Pengenalan
Dewasa ini menyaksikan gejala sosial di kalangan remaja semakin meruncing. Justeru, menjadi tanggungjawab masyarakat membantu memberikan pendedahan dan ilmu kepada mereka untuk membina jati diri sebagai anak yang soleh dan pelajar muslim yang cemerlang.

Program ini memuatkan program yang sesuai dengan jiwa anak remaja dan dipenuhi dengan pengisian kerohanian, aktiviti berbentuk fizikal dan motivasi kepada pelajar dan ibu bapa. Semoga program ini dapat membantu memberi kesedaran tentang kemahiran mendidik anak remaja bagi melahirkan keluarga yang harmoni.

Objektif Bengkel
 Memberikan pendedahan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa serta harapan ibu bapa kepada mereka.
 Membentuk ciri-ciri kepimpinan dan jati diri muslim sejati dalam diri pelajar.
 Melahirkan pelajar Islam yang cemerlang dalam sahsiah, berdisiplin dan berkomitmen tinggi.
 Berkongsi perasaan anak dan ilmu berkaitan keibubapaan profesional bagi melahirkan keluarga yang seimbang dan harmoni.


Tentatif Program Kem Anak Soleh

Sabtu (14 Ogos 2010)
8.00 pagi – Pendaftaran peserta
8.30 pagi – Taklimat dan Disiplin Bengkel
- Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM
- Nasyid Tema
9.00 pagi – Slot Jana Minda 1
- Anak Soleh : Harapan Ibu Bapa dan Cita-cita
Oleh : Ustazah Naemah Binti Hamzah
11.00 pagi – LDK 1 : Kenali Diri Hiasi Peribadi
1.00 petang – Solat Zohor Berjemaah
2.00 petang – Slot Jana Minda 2
- Solat dan Pembangunan Diri
Oleh : Dr. Azhar Bin Muhammad
Pengarah Pusat Islam UTM
3.30 petang – LDK 2 : Tiang Agama
4.30 petang – Solat Asar Berjemaah
5.00 petang – Riadah Bermodul
6.30 petang – Persiapan Berbuka Puasa
7.00 petang – Solat Maghrib
- Solat Isyak dan Solat Terawih
- Minum Malam
11.00 malam – Himpun Daya

Ahad (15 Ogos 2010)
4.00 pagi – Sahur
- Qiamullail
- Solat Subuh Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat
7.30 pagi – Slot Jana Minda 3
- Menjadi Anak Soleh
Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
10.00 pagi – Slot Jana Minda 4 Bersama Ibu Bapa :
- Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang
Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
12.00 tengah hari – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

Program Solat Hajat Perdana PMR dan SPM 2010 (19 Ogos 2010)


Program Solat Hajat Perdana PMR dan SPM 2010
Peringkat Sekolah SMK Taman Desa Skudai

Program dilaksanakan khusus untuk semua calon PMR dan SPM SMKTDS yang beragama Islam serta ibu bapa mereka. Program ini merupakan satu program kali keempat diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama MAKDIS SMKTDS dan Panitia Pendidikan Islam.

Semoga program yang dilaksanakan ini diharapkan akan dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua yang terlibat.

Tarikh : 19 Ogos 2010 (9 Ramadan 1430 Hijrah)
Hari : Khamis (Selepas Maghrib hingga selesai solat terawih)
Tempat : Surau SMKTDS

Anjuran :
Pihak sekolah dengan kerjasama MAKDIS SMKTDS dan Panitia Pendidikan Islam

Matlamat :
Memberikan motivasi diri kepada pelajar-pelajar Islam bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010 ini.

Objektif :
1. Memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Islam yang akan mengambil PMR dan SPM pada tahun 2010 ini.
2. Mengajak semua yang terlibat dengan program ini menghidupkan Ramadan dengan amalan-amalan mulia seperti bersedekah, solat hajat dan solat terawih.
3. Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa pelajar.

Sasaran :
Semua pelajar Islam Tingkatan 3 dan 5 SMKTDS

Tentatif Program

19 Ogos 2010
7.00 petang - Pelajar-pelajar dan guru berkumpul di surau SMKTDS
- Persediaan berbuka puasa dan taklimat ringkas program
7.20 petang - Berbuka puasa bersama-sama dan solat Maghrib
8.00 malam - Makan berat
8.30 malam - Solat Isyak, solat hajat dan solat terawih
- Majlis bersurai

 
Blogger Templates