About

29 March 2012

Kejohanan MSSD Renang 2012






Pesta Ponggal oleh Persatuan Bahasa Tamil (27 Februari 2012)

Bubur nasi yang telah siap dimasak dihias indah oleh para pelajar untuk dinilai oleh guru-guru penasihat Persatuan Bahasa Tamil.





Pelajar-pelajar India turut menyiapkan kolum yang disediakan oleh mereka sendiri dengan begitu kreatif sekali.



Guru penasihat Persatuan Bahasa Tamil, Puan Kartiyani A/P Rama Krishnan dan Puan Puhana Watia A/P Hanumandan bergambar kenangan bersama PK Kokurikulum, Puan Azlina Mohamad dan guru-guru penasihat Kelab Fotografi, Puan Nor Aida Muhammad Sum dan Puan Nordiana Ahmad.


Puan Indumathy menjadi pengadil untuk menilai kumpulan yang berjaya menghasilkan bubur yang paling enak.


Ahli-ahli Persatuan Bahasa Tamil yang terlibat sempena Pesta Ponggal yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta guru.

PESTA PONGGAL

Suatu festival yang dilakukan oleh kaum Hindu. Menurut kepercayaan mereka ianya untuk menghormati tuhan matahari yang telah memberi mereka rezeki. Selain itu, festival ponggal dilakukan sebagai tanda kesyukuran mereka kepada tuhan matahari mereka. Festival ponggal diambil sempena nama sebuah bubur yang dimasak pada festival tersebut. Antara bahan-bahan yang untuk memasak ponggal ialah susu,beras dan gula merah. Setelah bubur ponggal ini siap dimasak ianya berwarna merah dan rasanya amat manis. Setelah siap, bubur ini hendaklah dipersembahkan kepada tuhan mereka dan seterusnya dimakan oleh seisi keluarga atau rakan-rakan.

Disediakan oleh Muhammad Muaz (Ahli Kelab Fotografi SMKTDS)

Perhimpunan Rasmi Isnin (Sesi pagi) (27 Februari 2012)

 Laporan guru bertugas pada minggu lepas.
 
Puan Hajjah Fouziah menyampaikan hadiah kepada kelas-kelas yang memenangi Pertandingan Kelas Terbersih.


Public speaking oleh pelajar Tingkatan 5, Terry Thomas.
 
 Puan Ummi Hani menyampaikan ucapan.


En. Zailan Md. Yasin (PK HEM) menyampaikan ucapan bersempena dengan Minggu Anti Dadah.
 

Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar sesi pagi.

 

Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid dengan diiringi dengan En. Zailan Md Yasin (PK HEM) merasmikan Minggu Anti Dadah.
 
 Puan Pengetua, Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid bergambar kenangan bersama PK Kokurikulum, Puan Azlina Mohamad dan PK HEM En. Zailan Md. Yasin.

Bacaan ikrar sempena Minggu Anti Dadah dibacakan dengan diketuai oleh pengawas bertugas, Danish Fadly.

Pelajar-pelajar sesi pagi menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat diakhir perhimpunan.

Perjumpaan Kelab dan Persatuan (Sesi Petang) (24 Februari 2012)

Pameran Anti Dadah (Pelajar Sesi Petang) (19 Februari 2011)




 
Blogger Templates