About

25 July 2013

Program Berbuka Puasa dan Program Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM 2013 (25 Julai 2013)

 
Sesi pendaftaran pelajar, guru dan ibu bapa yang hadir bermula seawal jam 6.30 petang.

 
 
 

  

 
Para tetamu yang hadir iaitu dari kalangan ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 berbuka puasa secara ringkas dengan hidangan kuih-muih dan buah kurma sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.


 
 Jamuan makan untuk para ibu bapa dan guru diadakan di kantin sebaik sahaja selesai solat Maghrib secara berjemaah di surau SMKTDS.
 

 
 Jamuan makan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 pula diadakan di Anjung Ilmu dengan hidangan makanan secara buffet


Selesai menikmati jamuan, program diteruskan dengan menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan solat terawih dan diikuti dengan solat hajat. Kehadiran para tetamu iaitu dari kalangan ibu bapa dan pelajar-pelajar sangat memberangsangkan dan setiap ruang di surau SMKTDS dipenuhi dengan para jemaah yang hadir pada malam itu.
 
 

 
Ustaz Hazman memberi tazkirah ringkas kepada semua tetamu yang hadir.
 
Pihak sekolah memohon maaf seandainya ada kekurangan ketika program ini dijalankan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi dari kalangan ibu bapa bagi memastikan kejayaan anak mereka sama ada dalam Peperiksaan PMR dan juga SPM. Diharap program ini dapat memberi motivasi kepada pelajar dan mengeratkan silaturrahim di antara para ibu bapa, guru dan pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam.
 
 
 
 

Mesyuarat AJK Program Berbuka Puasa dan Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM (22 Julai 2013)


Puan Hajah Fouziah mempengerusikan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Ixora.

 
En. Zailan Md. Yasin menerangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru sesi pagi yang terlibat dalam ahli jawatankuasa Program Berbuka Puasa dan Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM yang akan diadakan pada hari Khamis (25 Julai 2013) nanti.


Guru-guru yang hadir pada mesyuarat.
 

Perhimpunan (22 Julai 2013)

 
En. Zailan Md. Yasin memberi peringatan dan kata-kata nasihat kepada semua pelajar sesi pagi ketika perhimpunan 22 Julai 2013. Beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 tentang peraturan yang perlu mereka patuhi ketika berlangsungnya Peperiksaan Percubaan PMR pada hari Jumaat (26 Julai 2013).


Pelajar-pelajar SMKTDS sesi pagi berkumpul di Dataran Wawasan.
 

Taklimat Persediaan Untuk Peperiksaan Percubaan PMR (19 Julai 2013)

 

 
 
Puan Zarina Md. Zin menyampaikan taklimat kepada semua guru sesi pagi di Bilik Mesyuarat Ixora pada jam 7.30 pagi.  Beliau memberi taklimat mengenai tugas-tugas guru ketika Peperiksaan Percubaan PMR berlangsung pada minggu hadapan (bermula 26 Julai 2013).
 
 
 Kelas-kelas yang terlibat ketika Peperiksaan Percubaan PMR 2013



Cik Chin Nyet Siong menyampaikan pesanan kepada semua guru.
 
 
En Zailan Md. Yasin, PK HEM turut memberi sedikit taklimat ringka berkenaan Hal Ehwal Murid.
 
 
Blogger Templates