About

16 November 2013

Senarai Keperluan Sesi Persekolahan 2014

 
Senarai Keperluan Sesi Persekolahan 2014 (bagi pelajar lama)
Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.
 
 
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama) from Cikgu Diana


Senarai Keperluan Sesi Persekolahan 2014 (bagi pelajar baru)
Tingkatan 1 (Baru) dan Peralihan
 
Untuk muat turun, sila klik pada link berikut :


 
 
 
KOPERASI AKAN DIBUKA PADA :
 
23-24 Dis,  27-28 Dis, 30-31 Dis  2013,  1-3 Januari 2014
 
Bermula daripada 8.30 pagi hingga  1.00 petang
 
 
 
 
 

Jamuan Akhir Tahun KEBIRUS Tahun 2013 (14 November 2013)

 
Jamuan Akhir Tahun Anjuran KEBIRUS 2013
Tarikh : 14 November 2013 (Khamis)
Tempat : Pulai Spring Resort
Masa : 8.30 malam
 
 

 
Majlis Jamuan Akhir Tahun anjuran KEBIRUS berlangsung dengan jayanya dengan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga guru dan staf serta diserikan dengan kehadiran barisan AJK PIBG tahun 2013 yang turut memeriahkan lagi majlis ini.
 
 
 
 



Barisan AJK PIBG Tahun 2013 yang turut sama hadir sebagai jemputan khas dalam majlis malam tersebut.


 
Para pentadbir dan guru SMKTDS sesi 2013 kelihatan ceria dan ada di kalangan warga guru yang hadir bersama pasangan dan ahli keluarga masing-masing. Ini sekaligus dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
 




Selain daripada menikmati jamuan, para tetamu yang hadir turut sama mendengar ucapan daripada Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid, ucapan daripada YDP PIBG, Prof Dr Maketab Bin Mohamed, ucapan daripada Pengerusi KEBIRUS, Encik Roslizan dan acara cabutan nama bertuah.


 

Penutup Program Pasca PMR (30 Oktober 2013)




 
Program Pasca PMR diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah para pemenang yang telah disampaikan oleh PK Ko-Kurikulum, Puan Azlina Mohamad di Dewan SMKTDS.
 
 

Program Pasca PMR : Acara Sukaneka


Acara sukaneka diadakan di padang SMKTDS.
 
 
 
Kelihatan pelajar-pelajar bersungguh-sungguh bagi memastikan kumpulan mereka menjuarai acara sukaneka pada hari tersebut.

Program Pasca PMR : Pertandingan Bola Jaring (25 Oktober 2013)


 
Pertandingan bola jaring antara kelas Tingkatan 3 telah diadakan pada 25 Oktober 2013.
 
 

Program Pasca PMR : Pertandingan Bowling (21 Oktober 2013)



Pertandingan bowling telah diadakan di Skudai Parade.

Program Pasca PMR : Aktiviti Jejak Maklumat (16 Oktober 2013)

 
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 diberikan soalan yang memerlukan mereka mencari maklumat sama ada di internet atau pun di Perpustakaan sekolah. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan kumpulan yang berjaya ialah kumpulan yang dapat melengkapkan soalan yang diberi pada masa terpantas.
 


Pelajar-pelajar sedang gigih mencari maklumat bersama rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing.
 
 

Program Pasca PMR : Bengkel Menghias Kek Cawan (22 Oktober 2013)

 



Bengkel menghias kek cawan dikendalikan oleh Kaunselor sekolah, Cik Norila.


Kek cawan yang telah siap dihias oleh para pelajar Tingkatan 3.
 
 

Program Pasca PMR : Bengkel Kraftangan (24 Oktober 2013)


 
Pelajar-pelajar tingkatan 3 mempelajari kaedah untuk membuat bunga menggunakan bahan buangan iaitu plastik.








Contoh bunga yang dapat dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.
 
 
 
 
Blogger Templates